♥♥ THANX COZ SUDI MENINGGALKAN JEJAK KAMO KAT SINI..♥♥

Followers

Saturday, December 31, 2011

Buubye 2011, hello 2012

2011

Last day utk tahun 2011..Alhamdulilah,masih bernyawa dan d'beri kesempatan untuk menikmatan kehidupan yang penuh dengan cabaran...Bila tahun 2011 berakhir,maknanya semua kenangan tak kira hepi atau sedih akan d'tutup...Banyak benda yang Cik Anis lalui sepanjang 2011..nak di tulis di sini,mmg tak akan muat..So,hanya sebilangan sahaja yang mampu ditulis..dan sebilangan ini adalah antara kenangan yang tak dapat d'lupakan...

Macam biasa, setiap tahun mesti akan ada azam baru utk tahun baru...dan bagi 2011, Cik Anis rasa ada azam Cik Anis dah tercapai...Antaranya... :-

Alhamdulilah... Cik Anis lebih rapat dengan  family berbanding tahun-tahun sebelumnya..
Alhamdulilah.. Cik Anis mampu untuk mendapat keputusan Dekan dalam Final Exam dan dapat maintain pointer..
Alhamdulillah... Cik Anis dah menjadi tunang org walaupon hanya plan last minit...
Alhamdulilah... Cik Anis dapat mengawal diri Cik Anis utk menjadi lebih setia bila Encik Tebuan berada di Korea...
Alhamdulilah... Hubungan Cik Anis dan Encik Tebuan masih kekal...
Alhamdulilah.. Cik Anis dapat kerja yang lebih baik dan mampu untuk mempunyai simpanan sendiri...

Bagi 2011 juga banyak kenangan yang tidak dapat d'lupakan juga utk kekasih-kekasih hati.. Tumpang gembira bila mna ada kekasih hati yang dah mendirikan rumah tangga, menjadi ummi kepada baby yang comel, bakal menjadi mommy kepada baby yg comel.. dah mempunyai bf dan life dia pun makin 'bz'.

Dan bagi tahun 2012,4 sure  Cik Anis dah letakkan azam dan wishlist yang baru...
Antaranya : -

InsyaAllah... akan terus kekal dengan keputusan yang cemerlanag
InsyaAllah.. akan mengisi masa lapang dengan family..
InsyaAllah..akan menamatkan zaman single secepat mungkin...

Hope semua yang bagi 2012 ni akan tercapai even banyak dugaan yang bakal d'tempuhi... :)


Mood : Tutup buku lama dan mula menconteng buku baru,,, ^_^







Tuesday, December 27, 2011

With Love..

Assalamualaikum...

alhamdulilah..hari ni genap sebulan cik Anis jadi tunang orang...Orang selalu tertanya-tanya,bila dh tunang ni life kita automatik b'ubah ker??dulu soalan tue gak la Cik Anis tertanya-tanya..tapi sekarang Cik anis dah lalui..Untuk jwapan soalan tue, Cik Anis akan jawab, YES!...mmg berubah..

Cik Anis rasa lebih hepi, lebih matang dan lebih berfikiran terbuka bila dh jadi tunang org..Dulu Cik Anis dan Encik Tebuan selalu gaduh-gaduh even benda kecik..tapi skrg masing-msing lebih open minded..lebih kpd berbincang sama-sama if ada masalah..

Doakan supaya jodoh Cik Anis dan Encik Tebuan berpanjangan..Cik Anis akan cuba jaga hubungan kitorg nie dgn baik.. :)



Mood : Selalu berangan-angan nak jadi tuan puteri.. kepada putera kesayangan.. ^_^


Monday, December 5, 2011

Jauhi Skandal!

Assalamualaikum..

Cik Anis rasa tajuk entry kali ni agak biasa2..tapi memberi banyak makna dan pengalaman dalam life Cik Anis.Cik Anis yakin,mojoriti pembaca blog ni pernah ada skandal kn..

Maksud skandal mengikut kefahaman Cik Anis adalah,ada hubungan dengan seseorang tetapi tidak melibatkan perasaan sayang pada awalnya. Hubungan antara skandal nie selalu akan terjalin bila dalam keadaan kesunyian.tapi makin lama akan timbul perasaan sayang.

Ada skandal sekiranya tengah SINGLE,memang tak salah sebab belum terikat dengan sesiapa lagi..tetapi bagi yang dah ADA PASANGAN,Cik Anis harap korang elak la dari ada skandal nie..

Cik Anis bukannya nak cakap tentang sesiapa.Diri Cik Anis sendiri pernah melakukan kesilapan nie.rasa seronok bila berskandal nie hanya sekejap sahaja. xkan bagi apa2 kebaikan utk diri (bg yg dh bercouple). Even dapat spent time dengan skandal lebih dari 24 jam sekali pun,belum tentu skandal kita kan jujur dengan kita.Kita belum yakin bahawa skandal kita adalah among da best..tetapi kekasih hati kita adalah yang paling terbaik untuk kita.

Siyes Cik Anis ckap,kita hanya akan buang masa,duet,dan segala2 nya if kita ada skandal.Cukup la dengan ada nya seorg yg sayang pada kita..Sibuk manapun dia,garang mna pun dia,dia tetap kekasih hati kita..even kita rasa sunyi, kawan2 rapat sentiasa ada dengan kita...

p/s : tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. peace! :)



MOOD : Maaf andai diri ini telah melakukan kesilapan yang sama..