♥♥ THANX COZ SUDI MENINGGALKAN JEJAK KAMO KAT SINI..♥♥

Followers

Saturday, September 19, 2009

SepinTas LaLu

Tragedi 28 Ramadan

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail, Nahar Tajri dan Omar Osman bhnews@bharian.com

Dua kereta merempuh treler yang terbalik di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bedong, semalam (gambar atas). Kemalangan di Kilometer 60 Tanjong Karang - Teluk Intan membabitkan kereta dan lori.

4 beranak rentung; 3 mati tersepit SUNGAI PETANI: Dua hari menjelang Aidilfitri esok, tujuh lagi maut dalam dua nahas ngeri termasuk membabitkan empat beranak rentung apabila Perodua Myvi yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebuah treler di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bedong di sini, semalam. Di Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam pula tiga orang termasuk dua beradik terbunuh apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Kedua-dua nahas itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas kemalangan yang meragut nyawa lima orang daripada dua keluarga di Kilometer (KM) 76, Jalan Tanah Merah-Jeli, Kelantan, kelmarin.

Dalam kejadian di KM 94.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam, empat beranak itu rentung selepas terperangkap dalam kereta mereka sebaik merempuh sebuah treler yang terbalik dan merintangi laluan lebuh raya berkenaan. Mangsa dikenali Yusof Ahmad, 53, yang juga Penolong Pegawai Penyelidik (Hartanah) di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak perempuan mereka, Hazwani Izati, 23 dan Hafizatul Halimi, 20.

Difahamkan, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan ke sebuah hospital di Pulau Pinang untuk membawa Yusof mendapatkan rawatan ketumbuhan dalam perut. Kemalangan itu turut membabitkan dua lagi kereta termasuk satu daripadanya juga terbakar, tetapi kedua-dua pemandunya, Kamaruzaman Husein, 36 dan Azhar Abd Rahman, 38, parah dan sempat diselamatkan orang ramai. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata ketika kejadian keadaan jalan berkabus dan gelap. Beliau berkata, treler yang dalam perjalanan ke Butterworth dikatakan hilang kawalan dan terbalik serta menggelungsur kira-kira 30 meter sebelum merempuh pembahagi jalan dalam keadaan melintang.

2 comments:

darlink said...

yaka?? kwn adik hg ka?

~aNiS~ said...

a'ah..kwn adk ak.
kmrin ak p mlawat..
cm sdih jer..
adik ak pn cm xbyk ckp dh